Pukul 2 petang, 11 Jun 2013 aku dan Abah pergi ke Klinik Pakar 2. Buat pendaftaran sebagai pesakit baru. Beri IC dan beri kad pencen .... dapatlah rawatan secara percuma. Itulah kelebihan yang dinikmati pesara kerajaan.
Aku perhatikan ramainya pesakit menunggu giliran. Ada yang tua, muda ... Melayu, China dan India. Sahlah masalah berkaitan kanser payudara ni dah jadi common problem kepada masyarakat Malaysia. Dia tak memilih mangsa. Tunggu dulu, sabar, sabar .... aku belum pun lagi disahkan sebagai pesakit kanser payudara kan? semoga Allah memberi perlindungna kepada aku, suami dan anak-anak ku dari pembunuh senyap ini.
Setelah hampir 90 minit menunggu barulah tiba giliran aku. Seorang doktor muka (rasanya houseman kut) Dr Ramesh memeriksa aku. Malunya tak terperi terpaksa mendedahkan payudara untuk diperiksa dan disentuh kiri dan kanan. Dia menyebut ":tak jumpa apa-apa lump pun". Memang pun tidak ada sebarang ketulan dapat dirasa, sebab ianya terlalu kecil. Perkara yang sama disebut oleh Dr Hanizah juga.
Dr Ramesh mengaturkan untuk aku membuat pemeriksaan lanjut di Klinik Pengimejan Diagnostik untuk menjalani prosedur biopsi. Prosedur ini untuk mengambil sampel tisu di payudara bagi memastikan ianya mengandungi sel kanser atau sebaliknya.
Dia memberikan satu surat untuk dibawa ke Klinik tersebut bagi menetapkan tarikh menjalani prosedur tersebut. Aku dan Abah terus pergi ke Klinik tersebut yang terletak di aras yang sama. Memandangkan ini kali petama kami ke sini, agak sukar juga kami mencarinya. Mujurnya Hospital Seberang Jaya ini kecil aje (2 tingkat). Hrmm nampaknya selepas ini aku akan lebih kerap berada di sini.
Klinik Pengimejan Diagnostik menetapkan temujanji untuk biopsy pada 12 Jun 2013 pukul 2.30 petang ... esuk petang !!! Aku dinasihatkan tidak menyapu sebarang losen atau bedak pada bahagian payudara dan ketiak serta kawasan sekitarnya semasa datang esuk. Insyaallah akan aku patuhi.
No comments:
Post a Comment