Semenjak aku menerima keputusan mamogram tempoh hari, mood aku untuk berjoging tenggelam terus. Kebetulan pula waktu tu hampir bulan Ramadhan. Sedar-sedar dah 4 bulan aku peramkan lemak-lemak di seluruh tubuh ku.
Memang mula-mula dulu aku mengalami masalah hilang selera makan. Aku makan semata-mata untuk pastikan perut tak kosong sebelum makan ubat. Tetapi selepas luka pembedahan sembuh, secara tiba-tiba selera makan aku naik mendadak. Tiba-tiba aku jadi rajin masak makanan kegemaran aku. Sekejap lontong, mee kari, rendang pedas, makaroni bakar dan lain-lain ... yang kesemua menunya jenis lemak berkerim.
Tapi bila semua orang dah tegur badan aku dah makin naik, aku mula jadi cuak. Sengaja aku berdiri di depan cermin menganalisa tubuh badan ... huuuu, macam nak pitam tengok imej sendiri. Lengan dah makin gemuk, perut dah makin buncit. Lagi-lagi pula terasa pergerakan pun dah semakin kurang cergas.
Aku paksa diri pakai baju sukan, sarung kasut sukan dan .... terus joging di Taman Tunku Seberang Jaya. Kalau dulu aku mampu buat 4 pusingan, hari pertama ni aku hanya mampu 2 pusingan aje. Balik dari joging aku mengalami kejang urat kaki. Aduhhhh, dah lama sangat urat-urat tu relaks, dah malas nak bangun. Tak apa, we start small, hari ni 2 pusingan, beberapa sesi lepas ni pun mungkin 2 pusingan, bila dah steady sikit, aku akan tambah jadi 3 pusingan pulak. Dah serasi 3 pusingan, aku akan tambah pulak jadi 4 pusingan. Kalau ikutkan, lengkap 7 pusingan barulah mencapai tahap 10,000 langkah yang disarankan untuk kesihatan badan. Tungguuuu!!!
Aku percaya, bukan jarak dan masa yang penting sangat, tetapi consistency. Aku akan pastikan terus berjoging sekurang-kutangnya 3 kali seminggu dengan setiap sesi mengambil masa lebihkurang 45 minit. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment