Saturday, September 6, 2014

Ya Allah ... jadikan aku sekuat mereka

Beberapa hari ini aku dikejutkan dengan pemergian penghidap kanser. Telah tiba janji mereka untuk dijemput Allah kembali ke alam barzah. Apa perasaan aku? Takut?? tidak, aku tak takut!! Sedih?? Ya ... aku terasa amat sedih, kerana aku kenal mereka, aku dapat rasakan penderitaan mereka dan kesedihan orang2 yang ditinggalkan.



Pada senja hari Khamis 4 September 2014, aku menerima berita kematian Kak Saadiah Hashim di Hospital Besar Melaka. Allahyarhamah Kak Saadiah merupakan kenalan aku dalam group whatsapp Cancer Survivors. Walaupun tidak pernah bersua muka, kami dan rakan2 survivors yang lain sering berhubung di alam maya.  Aku kenal wajah Allahyarhamah juga di alam maya. Nak berjumpa ... jarak kami jauh sekali.

Kali terakhir Kak Saadiah aktif di dalam group adalah pada bulan Ramadhan yang lalu atau pertengahan bulan Julai.  Waktu itu dia mengadu perlu menjalani pembedahan membuang kelenjar dan seterusnya menjalani radioterapi. Allahyarhamah merupakan penghidap kanser usus. Di akhir hayatnya, kanser tersebut telah merebak ke paru-paru dan perlu bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas dengan selesa. 

Perginya Allahyarhamah meninggalkan tiga anak, dimana yang kecil sekali baru berumur 11 tahun. Allahyarhamah sebenarnya baru saja kehilangan suami. Kasihan anak2 yang kehilangan kedua2 ibu dan ayah dalam tempoh yang rapat dan seterusnya menjadi yatim piatu. Semoga anak2 ini tabah mengharungi kehidupan. Ya Allah tempatkanlah roh Allahyarhamah Kak Saadiah dan suaminya di sisi orang2 yang beriman dan Engkau peliharalah kehidupan anak2 yatim piatu itu .... sob sob sob!!


Hari ini 6 September 2014 aku mendapat berita kehilangan Puteri, seorang gadis berusia 24 tahun. Allahyarhamah Puteri merupakan teman sekelas anak kedua ku sejak dari sekolah rendah lagi. Anak manis yang bertudung labuh dengan wajah penuh ketenangan ini disahkan menghidap kanser darah sejak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun sering keluar masuk hospital kerana sakit dan perlu menjalani rawatan berkaitan kanser darah, Allahyarhamah mempunyai semangat yang begitu gigih untuk menghabiskan pengajian peringkat degree di Universiti Malaya. Kesakitannya menyebabkan pengajiannya sering tertangguh dan sehingga ke akhir hayatnya Allahyarhamah tidak sempat menghabiskan pengajian.

Aku tau Allahyarhamah anak yang baik dan manja. Kali terakhir aku berjumpa Allahyarhamah ialah sepanjang bulan Ramadhan semasa mengerjakan ibadah solat tarawih. Allahyarhamah sentiasa solat di sisi ibunya.  Semoga ibu dan ayahnya tabah menghadapi kehilangan anak bongsu mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau tempatkanlah anak ini di syurgaMu bersama2 orang2 yang solehah.


Aamiin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment